ROTI CANAI FREEMASON

Kalau roti telur rupa paras freemason macam ni, soheh cef sembang yang buat. Cef memang passionate dlm kerja dia waima di dapur mana dia masak sekalipun. Of course sambil menunggu roti ni masak dia sembang kencang. Puji-pujian atas kari yang dia masak tu memang jati diri aku ikhlas beri tanda penghargaan atas kesedapan abadi. Eh, dia boleh cakap, aku kena rasa gulai kawah dia masak. Entah bila-bila zaman dia nk buat gulai kawah dalam premis dapur dia tu masih jadi tanda tanya. Tapi dia kata lepas raya Cina nanti dia buat. Pun aku boleh persoalkan raya Cina tahun mana ni, cef?

Sambil dia menambah sembang, aku berdoa semoga roti telur aku ni cepatlah masak…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...