RSS

Monthly Archives: August 2018

Story of My Life…

Hari yang aku decide meranduk trafik untuk makan bubur nasi kat Kg Baru, hari itulah kedai buat keputusan untuk tutup.

Bila aku decide untuk beli beg kembara baharu yang affordable dan berwarna oren, yg warna oren itulah mahal nak mampus atau takde warna oren.

Tatkala aku muktamadkan pilihan menggantikan telefon sedia ada kepada jenama yg aku cintai sejak berpuluh tahun dulu, boleh kurang rege hanya RM50 aje. Memang aku pandang ajelah engkau setiap kali keluar masuk kedai telefon dgn hiba yang susah nak aku terangkan.

Mengenangkan stok ubat dah habis dan terpaksa ke farmasi, ubat yang aku nak tak boleh beli rupanya, dan kena pergi hospital juga kalau nak restock.

Seorang demi seorang menunjukkan warna terang dan aku hanya sabar, berdoa dan mohon semuanya menjadi indah kembali seperti dahulu kala, sebelum revolusi berlaku. Apa jadi sebenarnya dengan dunia yang sepatutnya penuh dengan rasa cinta, kasih sayang, belas dan memahami? ?

Dan beberapa malapetaka masa depan yang bakal menyebabkan satu lagi kezultanan bakal musnah. This is scary sebab aku tak tahu apa bakal jadi dan ketidaktahuan itu menakutkan. Konsultan tak bergaji mula menjalankan peranan dan seperti biasa aku akan beku dan melihat sandiwara demi sandiwara secara langsung, eksklusif tetapi tidak terpimpin.

Aku memang sedang mendidik jiwa aku untuk menjadi tabah. Tapi tabah mainan bibir tak sama dengan tabah perlakuan. Sampai satu tahap rasa nak lantakkan aje – tapi tak boleh sebab aku bukan jenama begitu.

Masa inilah yang paling sesuai untuk berlari ke hutan dan belok ke pantai. Biasalah kita manusia, tempatnya salah dan lupa…

Esok hari baharu…Call it a day. Bosan aku dengan penat dan enyah saja kau pekat…
#strongatbrokenplaces ???

 

Posted by on August 29, 2018 in Macam-Macam Hal

Leave a comment

Kostum Merdeka Untuk Anakanda…

Rasa nak toyak aje buat baju merdeka utk si Eskandar ni. Dengan skill jahit menjahit dah lama tak kena asah, nak masukkan benang dalam jarum pun boleh jadi punca stress…

So Eskandar sayang…please ingat. Mama bukak balik kitab kemahiran hidup bersepadu jurus jahit sembat, jahitan kia spektra, jelujur halus la jugak kalau tengok elok-elok, simpul kasih dgn apa entah asal lekat aje baju kamu beregek sambutan Hari Merdeka nanti.

Apron yang kena buat masa form 2 dulupun mama sub dekat mak long aje – punyalah lama tak menjahit. Kamu punya pasal, abah kena pegang bendera tu sebab dalam rumah ni mana ada jarum peniti. Tok mama kasi jarum tadi 2 aje…

Siap ada head gear…sebab kamu baby sesungut alien paling comel yang pernah tercipta selain budak yang kena kurung dalam sangkar kucing tu.

Untuk kamu, tukul Thor pun mama boleh bikin…

??? Mama loves you… Eskandar Dzulkarnain

 

Enter Pergi Jahanam 2.0

Dalam kalangan kawan-kawan di muka buku ini, ramai aje yang menjalankan perniagaan. Baik makanan, pakaian, insurans dan lain-lain, kewujudan anda memang diketahui khalayak. Siapa lagi nak support business kawan-kawan, kalau bukan kawan sendiri, ya.. dok. Tapi tak perlulah bagitahu sampai tahap memaksa lapan ratus enam belas juta kali sebab kalau kita nak, pandailah kita cari. Rezeki siapa, itukan kuasa tuhan.

Bila meniaga ni, semua orang adalah prospek duit. Kawan tak kawan, kenal tak kenal belakang kira. Kalau kawan tu, senanglah sikit sebab dah kenal lama. Yang tak kenal tu payahlah sikit…sebab ramai yang kita kenal pun ada barang dagangan yang sama. Jadi of course kita lebihkan kawan-kawan yang kita kenal.

Ini Benny dah ke depan kebelakang kawan tak kawan ni, nak cerita apa sebenarnya?

Citer dia ini aje. Manusia ni, berkawan dengan aku pun tidak, bertegur sapa dengan aku pun haram jauh sekali apatah lagi menghantar kiriman ucapan raya dan hari jadi sudah berpuluh-puluh tahun lamanya. Punca simple….
Bestfren dia bergasak dengan aku, dan kemudian dengan aku-aku sekali kena island. Pernahlah aku datang jumpa dia dan jadi tiang letrik 30 minit sebelum aku wassalamu aje mereka, kawan-kawan mereka, keluarga mereka dan warna-warna kegemaran mereka sekali.

Oh, semalam dia add aku dalam media sosial. Rupa-rupanya sudah ada bisnes ya tuan puan. Nak cari prospek la tu.

Nama kau memang satu, sampai kiamat aku takkan lupa. Pantas aku ignore dengan ucapan ikhlas ‘ente pergi jahanam!’.

 

Posted by on August 25, 2018 in Macam-Macam Hal

Leave a comment

Dominan

3 orang muda, 2 jalan berbeza tapi 1 matlamat yang sama.

Aku perhatikan sahaja senario ini dari jauh. Untuk aku mencelah dan memberi pendapat secara berdepan, rasanya tiada guna. Kesemua 3 mereka mempunyai karisma yang tersendiri – latar pendidikan yang hebat dan latar kerjaya yang dahsyat.

Misi kalian semuanya sama – mendokong misi kami-kami ini juga yang kaki dan tangan terpasung, harus berlapang dada dan mencurah taat setia.

For once, duduklah bersemuka. Aku sangat yakin kalau kepala genius kalian digembeling bersama, sejahtera akan menanti – bukan sahaja untuk satu perjuangan malahan jutaan lain yang mendokong aspirasi yang sama. “Damage” yang dijaja bukan jahanam semata, ada sudut lain yang boleh dimainkan untuk menjernihkan suasana.

Perang sesama kita hanya akan menyebabkan orang bertepuk tangan bersorak ria. Unite and collide… Cuba dan percayalah. Ramai yang akan menyokong dan mendokong. Ini tidak datang sehari dua. Mungkin juga tidak sepenggal dua. Jika boleh dibuktikan kalian menjadi trio yang disegani – kota warisan itu pasti milik kita. ?

Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah. Kalian, gajah pun bukan, pelanduk pun bukan apatah lagi mentimun dan flora fauna yang lain. Kalian adalah perwira yang akan dan bakal disanjung. Perjalanan yang jauh bermula dengan langkah pertama. Untuk semua, mohon mulakan. Media hanya manipulasi sensasi berita. Bahangnya juga sementara. Make it forever, please kamu bertiga! ???

Itu sebablah Kak Benny masih berstatus ‘bukan makhluk angkasa gaban..’.

 

Posted by on August 19, 2018 in Macam-Macam Hal

Leave a comment

Menggalas Bagasi

Kita ini manusia. Dibahu kita ini tergalasnya sebesar-besar tanggungjawab kepada sang pencipta dan sekecil-kecil amanah selaras akurnya kita sewaktu kita semua bersetuju dengan janji untuk lahir sebagai manusia. Semua orang, bagasinya sama – tetapi beratnya berlainan.

Berat ini yang kita kutip setiap hari dalam kehidupan. Beratnya berumahtangga, beratnya hidup sendiri, beratnya disakiti ataupun beratnya ditimpa musibah. Kadar keberatan ini tidak mempunyai nilai maksimum. Selagi kita hidup, kita akan sentiasa mengutip bebanan ini.

Sungguhpun begitu, berat dan bebanan ini boleh berkurang. Bagaimana caranya, kebanyakan kita tahu sendiri. Selesaikan masalah satu persatu, selaraskan kehidupan kita balik dan paling lazim berkongsi.

Tiada jaminan dalam perkongsian beban, masalah akan selesai. Berat mungkin sama tapi “waktu rehat” yang dicuri semasa berkongsi itu menjadikan bebanan yang ada, tidaklah seberat mana, atau sebesar manusia lain.

Jangan sesekali merasakan apabila kita berkongsi masalah, kita ini manusia lemah. Malu dengan dunia kerana kegagalan ataupun ujian yang tuhan tentukan. Kerana sebenarnya dalam dunia ini, ada sahaja manusia separuh dewa yang prihatin dan ambil tahu akan kewujudan diri kita. Mereka itu mungkin keluarga kita, kenalan kita dari zaman sekolah hingga ke universiti atau rakan-rakan sekerja. Persepsi negatif yang ditanam hanya akan memakan diri dan remuk-redam itu hanya akan menyumbang kepada emosi yang lebih serabut. Kalau perlu dapatkan bantuan, pergi sahaja.

Kalau perlu dapatkan sokongan, mengapa tidak? Kita ini semua hidup dengan lingkaran aura yang mampu mempengaruhi perasaan dari yang pelik-pelik kepada yang lebih molek. Pernah tengok, sebagai contoh rancangan X-factor bila ada peserta yang mampu membawakan lagu dengan baik dan secara tidak langsung lift-up mood kita pada masa itu, ia membuatkan kita terasa hidup ini punya matlamat, kita boleh menjadi lebih baik dan emosi-emosi pelbagai lain. Situasi ini aku sifatkan sebagai “menyedut” aura. Kalau orang itu positif, kita secara tidak langsung terpalit aura positif yang sama dan rasa selesa dengan dia. Begitu juga sebaliknya. Tidak pernah aku dengar orang tengok cerita hantu seram, tetapi rasa bahagia tersenyum simpul dan rasa disayangi. Tak kena laku, kata orang Zambia.

Aku doakan jiwa-jiwa manusia yang membaca ini menjadi tabah dan terbuka. Akupun tidaklah kuat mana, tapi aku tahu aku ada tiang yang membantu tegakkan aku bila aku rebah. Beri peluang pada orang lain menjadi tiang untuk sokong kau, bila kau rasa rebah. Aku selalu sebut ini dalam perbualan “percaya kuasa tuhan”.

 

Posted by on August 18, 2018 in Jiwa Retak

Leave a comment

We Need To Talk…

Akhir-akhir ini kehidupan aku tidak seperti dahulu. Banyak yang berubah dan kesibukan jelas menjarakkan segalanya. Masa perlu dicuri untuk berkomunikasi secara TM Touch. Biasalah..kami sering lalui saat-saat seperti ini jika salah seorang atau kedua-dua kami sibuk.

Rumah tangga kita semuanya sama. Ada turun naik, pasang surut, taufan dan pelangi. Tak semua indah dan tak semua menyedihkan. Kalau sedih pun, tak mahu lama-lama sangat. Hidup kena terus demi keluarga kecil ini dan anak-anak. Sebenarnya, semua benda ini kami rasa sebab anak-anak kecil lagi dan beza umur rapat selang setahun. Bayangkan kalau kakak mereka ada, aje bersilat 6,5 dan 4 tahun di bawah satu bumbung dalam keadaan mereka yang semulajadi hiperaktif, supersonik dan megamind.

Kami lama tak bersembang heart to heart talk. Semuanya rutin biasa. Yu dah makan, yu nak makan, yu anak berak, yu anak dah cuci berak macam dan dialog-dialog lain yang tak berapa nak romantik. Susu suam dan sepinggan hirisan epal entah sudah berapa ratus tahun tak pernah kunjung tiba kala aku menunggu waktu beradu. Penat…! Dia penat, aku pun penat.

Mungkin kerana minggu lepas aku tidak sihat, jadi malam itu dia luangkan masa membawa kami semua keluar cruising – aktiviti yang sangat suka aku buat hatta dengan manusia manapun. Berkali-aku aku bagitahu, kalau tak larat kita buat hujung minggu sahaja. Esok kerja, kita semua kena rehat. Hadi kata dia larat, jadi Alza putih kami membelah lebuhraya ke destinasi yang belum pasti.

Bertemankan Mix FM yang dipasang perlahan, kami mula bersembang berdua. Mujur kedua-dua anak memberikan kerjasama dan duduk diam dibelakang. Aku sudah siapkan susu sebotol seorang. Kami siap bawa toto dan selimut sebab perangai budak-budak ini sekarang kalau sejuk mahu berselimut walaupun dalam kereta.

Biasalah berbual..How’s your day? Girlfriend yu apa cerita? Kerja okay? Kemudian kami terkeluar topik Lazada.

H: B, ai dah beli trampoline. Tadi ai dah call mama bagitahu trampoline tu akan hantar kat sana (rumah mama).
A: La, knapa tak cakap yu dah beli? I baru aje beli semalam! Takpelah nanti i jual balik kot ada sesiapa yang nak.
H: Tak payah…percayalah nanti berebut-rebut budak tu nak main. Ok la ada dua. Hmm, kenapa tak bagitahu yu nak beli?
A: Ai nak bagi tahulah ni, Yu beli bila?
H: Kelmarin …

Ah, sudah. Tak sambung lagi perbualan Lazada -kira settled. Aku dan Hadi terus diam. Kalau aku lanjutkan lagi perbualan ini nanti jadi lain. Sudahnya kami susun mood balik dan terus bersembang. Sekali-sekala Mix FM memainkan lagu cinta kenangan zaman kami belajar dahulu, lagu S Club7 – Never Had Dream Come True. Tangan aku diramas kemas dan kami sama-sama menyanyikan lagu itu. Banyaknya aku yang nyanyi. Hadi layan emosi sahaja.

Aku bagitahu, setidak-tidaknya ada perkara yang sama kami buat, cuma takde komunikasi aje. Jadi aku bercerita tentang diri aku pula pada dia.

Ok, B…ceritalah lagi, kata Hadi meneruskan bicara.

A: Oh, hari ini ai tengok balik klip HIMYM masa Lily dgn Ted buat confession atas bumbung.

H: Eh, i pun layan HIMYM tp episod yg ada Alcide tu – 12 Horny Women.
(Episod ini ringkasnya Marshall menang kes mahkamah ke atas syarikat yang merosakkan alam sekitar, tetapi dia tidak puas hati kerana syarikat itu hanya kena denda USD25,000 sahaja. Jadi dia ambil keputusan untuk jadi hakim.)

So, ada dua benda yang sama kita buat. Kenapa dengan episod tu?

Masa ini aku terfikir sama ada untuk berterus terang atau diamkan sahaja apa yang aku rasa. Tapi, disebabkan benda itu seringkali membuatkan aku rasa down, aku lepaskan semuanya malam itu juga – dalam kereta – dengan segala macam emosi semua serentak keluar. Aku %@#$…

Tapi itulah manusia yang aku pilih menjadi suami ini, dia sangat tenang. Dia faham kenapa aku ada perasaan macam Lily. Dan kemudian dia open up perasaan dia pula. Pasal kerja, kawan dan lain-lain. Mujurlah dia bukan skim tertutup macam aku. Dia boleh terbang lebih tinggi, berbanding skim aku yang penuh sailang menyailang, iri-iri dan lain-lain perkataan yang membawa konotasi yang sama. Belum terlambat untuk dia berubah macam Marshall juga.

Kami habiskan masa hampir 2 jam berbual. Ringkasnya, kalau ada apa-apa tak puas hati, cakap. Jangan simpan. Jangan biarkan perasaan itu memakan diri.

“Yu benci ai?” perlahan aku tanya.
No…no… jangan cakap macam tu…Esok hari baru, start again.

Aku pandang belakang. Anak-anak sudah tidur. Aku capai tisu dan aku kesat air mata yang tersisa. Makin banyak buat rasa makin tak cukup. Ibu mana tak sayang anak-anak tapi itulah…dengan penat badan balik kerja hendak bersaing dengan tenaga anak-anak yang tak kenal penat – aku rasa ranap.

Dan aku tak rasa aku seorang sahaja yang ada perasaan macam itu. Ramai lagi, tapi mungkin mereka lebih kuat emosi dari aku. Haih…

 

Posted by on August 17, 2018 in Tolonglah!, Untuk Dikenang

Leave a comment

Merangka Kembara

Plan percutian ini dari gile, menjadi lebih gile dan sekarang lebih gile menakutkan dan seram dowh – aku takde kawan nak join, so mari buat kerja gile ini dengan aku. Sebahagian diri aku rasa risau untuk teruskan dan sebahagian lagi meronta-ronta minta aku pergi demi sebuah pengalaman.

We’ll see….kena istikharah dahulu semoga dapat petunjuk. Kalau aku dengar orang lain plan trip macam ini, aku azankan dekat telinga dia ??#OrangeTraveller

 

Posted by on August 16, 2018 in Misi Rahsia

Leave a comment

Mandom

 

My super powers include keeping my distance and assuming you need space whether or not you asked for it.

 

Giler serabut betul minggu ini. Aku susah nak explain macam mana tapi nyatanya aku sangat penat – mental dan fizikal. Kesudahannya hari Sabtu lepas memang aku dah tak boleh tahan sangat, seharian melepek dalam rumah. Subuh syafie sudah menyerah di Klinik Nadi Iman. Banyak sangat benda menyesakkan otak sampai aku rasa sempit. Nak fokus pun payah. Memang sekali-sekala dalam kalender Dothraki perasaan-perasaan macam ini akan datang. Sampaikan benda yang aku suka buat pun jadi beku. Kebetulan semuanya serentak – jadi aku agak kamjat di situ.

Aku tak mahu berlama-lama dalam zon ini. Bukannya tidak pernah lalu. Berkesudahan hanya akan menyeksa emosi sendiri. So, ganbatte kudasai ya, kak Benny. Cepatlah kau bangkit sebelah terjelepuk lebih dalam.

Perancangan yang hampir sebulan aku buat pun semacam menemui jalan buntu. Aku malas nak teruskan dan mungkin cari alternatif lain sahaja. Aku kena bagi masa pada diri aku juga. Kalau susah-susah sangat, Orange Traveller angkut aje beg seorang diri. Macam tak pernah buat. Cuma lokasi la aku kena tengok balik dalam keadaan dunia pun tak menentu.

Semalam aku rasa lega. Agaknya obvious sangat perubahan aku. Kakak allocate sedikit masa dan kami bersembang agak lama. At least aku boleh bercakap dengan orang yang faham aku dan faham situasi. Masing-masing tahu apa yang patut aku buat, dia just stated the obvious aje. Nak buat macam mana, memang pemikiran kami sama. Thank you so much for listening.

Hari ini hari baharu, merencana sesuatu yang giler. Tak giler sangat pada aku sebab aku selalu buat. Yang lain-lain itulah. Tapi memang aku harap jadi – kekdahnya you in or out. Jadi berfikirlah dan termenunglah sehari dua dan beritakanlah khabar yang gembira. Badan sahaja di sini tapi sebenarnya kita semua sudah terapung dan membayangkan suasana indah yang bakal di lalui. If not now, when?

Tak sampai 5 minit aku sudah dapat clearance. Jangan pelik bagaimana, semuanya kerana komunikasi dan mutual understanding. Siap dialog-dialog tambahan menyokong keputusan aku dan yang tak menahan tu, siap beri cadangan apa patut aku buat kalau misi ini gagal lagi.

Aku harap tuhan permudahkan semua ini. Kuatkan hati aku dan berilah kembali rasa bahagia yang macam direntap dalam hidup aku. Aku akan tunggu sampai satu masa aku terapung kembali. Manusia bukan ada 15 aje, bai…

Sebenarnya, semua ini buat aku goyah sebab aku rasa semuanya tidak memihak kepada aku. Serba-serbi tak menjadi. Give it a time, lama-lama pasti okay.

Yup, aku juga perlu ruang untuk bernafas.

 

Posted by on August 14, 2018 in Macam-Macam Hal

Leave a comment

K.O.S.O.N.G…

People make time for those who matter. People text and reply the people they prioritize. Never believe anyone who say’s they’re too busy. If they wanted to be around you, they would.

 

 

Posted by on August 13, 2018 in Macam-Macam Hal

Leave a comment

Masalah Peniaga Kedai Makan Di Malaysia

Bisnes makanan paling mudah dan cepat untung. Mana manusia yang di dunia terutama di Malaysia nie yang tak suka makan. Pacak aje di tepi jalan, bawah pokok atau di kaki lima, jika makanan yang dijual itu sedap makanya beraturlah pelanggan.

Tapi ada sesetengah peniaga yang tidak aku fahami kenapa dan mengapa terlalu berkira. Ya, aku faham kos barang naik, nak bayar pekerja, hutang kau sendiri banyak etc. Aku selalu berdepan perkara berikut dan kalau tak kena dengan mood hari itu lancar mulut aku membalasnya kembali.

– Berkira dengan kertas servet (tisu)-dikerat dua. Secara peribadi aku rasa tisu yang dikerat dua lebih merugikan peniaga sebab lagi keraplah pelanggan menggunakan tisu. Buang masa aje menyagat tisu tu.

– Minuman paling susah dibuat di dunia rupanya air kosong. Kalau tahap malas dan menyampah sangat dengan pelanggan yang suka mintak air kosong lebih mudah rasanya sediakan satu ruang kosong, letakkan gelas dan air kosong. Tampal satu notis mohon kerjasama pelanggan untuk layan diri kalau nak air kosong. Sebagai pelanggan, kalau kena bayaran tambahan pun aku terpaksa akur sebab makanan minuman tu akan jadi darah daging aku juga.

– Tempah menu punyalah cantik hiasan, gambar yang membangkitkan selera dan segala macam hidangan pilihan yang unik dn kreatif. Bila nak pesan, semuanya habis..dah tak buat dan paling epik bagi alasan tukang masak dah lari..

– Perniagaan anak beranak. Punyalah nak mengoptimakan keuntungan sampaikan semua ahli keluarga akan multitasking. Anak dialah bancuh air, dialah masak, ambil pesanan pelanggan dan cuci pinggan mangkuk. Mak ataupun bapak mengikut siapa lebih dominan akan duduk berkipas dikaunter menjadi juruwang dan kalau ada TV pun selera dia jugak.

– Pelayan yang datang ambil pesanan makanan macam pelajar yang dapat 21 A1 dalam SPM. Otak beliau cukup bijak sebab mampu menghafal pesanan pelbagai dari 4 pelanggan lepas tu bila makanan sampai banyaklah yang salah. Susah ke nak catat pesanan?

– “Orang ramai hari ini. Nak cepat order makanan yang sama” kata tokey kedai dgn angkuh. Situasi ini aku boleh panjangkan menjadi satu telenovela sebenarnya…Kalau memang waktu kecemasan, contohnya masa raya semua kedai tutup, awak seorang saja meniaga makanya cadangan itu relevan, tapi berlagak sombong itu tidak. Kalau boleh sediakan sampai 10-15 meja makan tapi tukang masak cuma seorang makanya tokey tu matematiknya lemah tapi mahu kaya dengan meniaga. Lebih murni sekiranya dapat menggunakan ayat seperti “orang ramai hari ini, jika nak cepat saya cadangkan pesan makanan yang sama. Kalau puan sanggup tunggu, takde masalah…”

– Bila nak pesan makanan, reaksi bukan main lambat. Bila nak bayar, baru angkat tangan tak sempat panggil dah sampai bil…

– Juga kes nak bayar – tadi encik makan apa? Itulah sebabnya pesanan makanan perlu dicatat. Takde ruginya meletak sedikit efisyen dalam tatacara menguruskan kedai makan..

Percayalah, pelanggan tak berkira sangat untuk bayar lebih sekiranya servis dan kualiti dijaga. Silap-silap dicanang pada rakan-rakan lagi adalah dan dibawa pula seisi keluarga sebulan sekali menjamu selera di situ.

Apapun aku setuju dengan kata-kata seorang pakcik sekitar 18 tahun lalu masa aku beratur dibelakangnya ketika membeli nasi lemak di Taman Permata. “Jangan kedekut sangat sambal tu…tuhan marah. Saya pun marah, kalau nak tambah duit bagitau saja..Kita nak beli bukannya nak merompak.”

Oh, ada kejadian menunggu roti canai. Orang memang ramai gile. Awak pun tanyalah, “pacik, lama lagi ke?” Tanya aje, tuan puan…small tak kata orang Irish. Eh, tak menahan temper pulak “kalau nak cepat kena tolonglah saya uli doh ni,ha…pekerja semua cuti saya sorang aje jaga kodai”.

Ewah…terus aku basuh tangan, lipat lengan baju dan tolong pacik tu. Setakat mengelepai-ngelepai doh, tarik-tarik lipat 4 segi tarak hal. Jangan kau mintak pattern bulat, tak reti aku nak buat. Dari muka ketat, terus senyum ucap terima kasih dan merasalah makan free sebab aku tolong sampai roti canai jualan dia habis. Aku pulak pau dia kopi ais dua gelas.

Begitulah Kak Benny mengulas panjang lebar pengalaman di kedai makan. Mungkin korang pernah melaluinya juga. Share la kot ada yang pelik-pelik boleh aku jadikan pedoman.

Ini belum menerobos cerita kantin disebuah premis nan tersergam agung di puncak angkasa. Lagi macam-macam cerita. Itu aku KIV.

Sekian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Posted by on August 12, 2018 in Macam-Macam Hal

Leave a comment
Skip to toolbar