Happy Father’s Day!

Dalam kemeriahan Syawal (yang tak berapa meriah untuk kami sekeluarga), semalam merupakan Hari Bapa. Selamat Hari Bapa kepada semua yang masih ada bapa, seorang bapa, bapa saudara dan bapa gula yang diingati sekalian.

Sepatutnya catatan ini aku layarkan semalam. Tapi semalam aku melalui satu detik yang mencemaskan. Dengan jalan sesak dari Melaka – Bandar Saujana Putra, anak yang super aktif sebaik menjejak rumah, episod merenjis susu soya dalam rumah dan Hadi tiba-tiba jatuh sakit. Sumpah….dalam banyak-banyak serabut lain, masa Hadi mengadu dia sakit semalam aku rasa risau dan takut yang menggila. Badan dia seram sejuk, dahi berpeluh-peluh dan ulu hati rasa pedih. Masa itu pula semua masyarakat doktor mengambil keputusan untuk tidak buka klinik dan menjadikan panik aku naik seganda.

Memang rumah dan anak-anak aku abaikan sekejap. Sebaik balik dari kedai Speedmart dan Hadi terus rehat selepas makan Gaviscon, aku terus siapkan anak-anak untuk tidur dan gelapkan ruang tamu. Mungkin budak-budak keletihan sebab perjalanan jauh tadi, mereka terus layu dan membiarkan Masha and Bear tengok mereka. Aku terus naik bilik. Hadi ok sikit…tapi badan dia sejuk. Perasaan aku masa tu, Allah aje yang tahu. Macam-macam yang pelik-pelik aku rasa semalam. Jadinya malam tadi selang sejam aku turun dan naik rumah untuk memastikan Hadi dan anak-anak okay. Aku memang separuh ranap – tapi masih boleh bertahan.

Nak kata Hadi makan banyak, tak juga. Berkawal-kawal juga sehari dua ini. Aku rasa dia penat. Apapun dia sudah okay, dan aku lega kembali. Please don’t leave me… Ai tak boleh hidup kalau yu takde 🙁

Alhadihamzah, Selamat Hari Bapa…. Terima kasih kerana menjadi bapa yang sangat ohsem untuk anak-anak kita Eskandar Dzulkarnain dan Ezzudin Dzulfikar dan tak pernah kita lupakan, arwah Cahaya Balqis. Sementara anak-anak hendak membesar, kita lalulah bersama turun naik kehidupan ini. It’s not easy but as long as we have each other, we can do this.

Me love you long time….

Remember when we vowed the vows and walked the walk
Gave our hearts, made the start, it was hard
We lived and learned, life threw curves
There was joy, there was hurt
Remember when….

Lamanya Tak Mandi Sungai…

Hanya berbaki beberapa hari sahaja lagi sebelum Syawal menjelang. Tidak seperti tahun-tahun yang lalu, tahun ini aku langsung tidak membuat apa-apa persiapan raya. Serba-serbi tak menentu keadaan kami sekeluarga dengan hal peribadi dan kerja.

Sabtu lalu agak tak memihak juga. Dengan cuaca yang sangat panas dan anak-anak buat perangai, memang stressed sangat rasanya. Anak-anak sentiasalahnya ada tenaga. Mama dengan abah dia pancit teruk. Memang kesian Eskandar dan Ezzudin. Aku biarkan Sabtu berlalu dan merancang bermula semula pada hari Ahad.

Seawal pagi selepas anak-anak selesai makan, Hadi minta aku bersiap kerana dia mahu bawa anak-anak ke Nabila Agrofarm di Seremban. Cadangan asal ialah pergi zoo, mandi laut dan kemudian beli baju anak. Mujur anak-anak bagi kerjasama dalam kereta dan boleh dikawal. Berbanding Sabtu lalu, mereka berdua langsung tak boleh diam sepanjang perjalanan dari Taman Permata ke Bandar Saujana Putra. Habis bersepah kereta dengan hemah-hemah makanan masa dua-dua anak ini bergurau dan bergaduh.

Aku malas sebenarnya memikirkan untuk mandi laut dalam keadaan bulan puasa ini. Tetapi demi anak-anak, aku bawa juga baju spare. Kami bertolak pukul 12.00 tengah hari dan trafik sangat mesra hari itu. Sayangnya, Nabila Agrofarm tutup…..kesian Eskandar. Dari pintu masuk dia nampak kuda. Terus dia cakap, “Mama….kuda! Kuda cokelat…kuda tengah makan! Mama….nak kuda.” Haih, lemah sendi mama dengar Eskandar merayu macam tu.

Mahu tak mahu, terpaksalah kami tukar agenda. Untuk ke Port Dickson akan mengambil masa tambahan lebih satu jam. Aku cadangkan pada Hadi agar lalu sahaja jalan dalam. Kalau ada tempat menarik, kita singgah. Kalau tiada, kita amik jalan yang menghala ke Broga. Sementara itu aku terus google kot-kot ada tempat mandi yang berhampiran kawasan ini. Hadi memberhentikan kereta di tepi jalan dan membuat carian yang sama.

Banyak aje tempat boleh pergi macam Rantau Eco Park, Gunung Angsi dan beberapa kawasan bersungai yang boleh kami pergi. Tapi memikirkan kesesuaian membawa anak, adalah beberapa faktor perlu kami perhalusi.

“B, cuba tengok kat Lenggeng ni ada apa” Hadi bersuara tiba-tiba. Ok..aku pun mulalah mencari informasi. Tak sempat aku baca pun tulisan pasal Lenggeng, aku dah rasa tak mahu pergi.

“Tak mahulah. Tempat tu banyak hantu…tengoklah takde siapa update post recently” kata aku. Masih tak puas hati, aku cuba buat carian lebih mendalam. Ah, sudah….kes bunuh diri pulak. Langsung kami tergelak-gelak dengan informasi yang aku dapat tadi.

Kesudahannya kami memilih untuk ke Jeram Toi. Aku baca review orang tempat ini ok dan bersifat. Disebabkan memang tengah panas terik, kami setuju ajelah. Malas nak fikir banyak. Lapar ni…

Oh, sebelum itu. Cadangan aku untuk pergi ke Makam Moyang Salleh ditolak oleh Hadi sebab macam tak sesuai aje bawa anak. Ingat lagi masa mengandungkan Eskandar kami pergi menziarah Makam Panglima Lidah Hitam di Muar.

Tempat ini pada aku selesa dan not so bad. Air bersih…tidak terlalu dalam dan berbatu dan yang penting, ada ruang landai untuk anak-anak mandi dengan selamat. Aku yang pada mulanya tak mahu mandi, terus tukar fikiran. Sambil melayan anak-anak, sambil itu aku membiarkan tubuh aku dihempas air terjun. Rasa macam kena massage kejap. Ezzudin senantiasa mahu berkepit dengan aku manakala Eskandar pula selesa bersendiri dan main pasir.

Masa kami datang memang tiada orang. Hanya ada satu keluarga Cina dan satu keluarga India. Mungkin sebab bulan puasa. Berdasarkan bilangan tempat kereta yang ada di sini, aku berani cakap ia menerima volume yang tinggi pada Sabtu, Ahad dan cuti am. Hadi dah siap planning, kalau ada satu hari yang kami berdua boleh lari sekejap, dia mahu bawa aku ke sini.

Punyalah seronok mandi di sini sampaikan Eskandar menangis-nangis tak mahu balik. Menangis tu aku boleh layan. Eh, dia buat drama pulak….Ezzudin, Hadi uruskan. Aku terpaksa mengejar Eskandar. Mula-mula dia naik ke tempat yang lebih tinggi. Masa ini, semua keluarga yang ada di kawasan ini sudah mula beransur-ansur turun. Kemudian dia sembunyi di bawah bangku dan menangis di situ. Jenuh aku pujuk. Maklum sahaja, kawasan hutan ni. Ada beberapa perkara yang perlu kita jaga batas-batasnya. Disebabkan aku tak larat nak melayan, memang kena cubitan yang paling mesralah di kaki dia. Aku mula tarik muka dan Eskandar menangis makin kuat. Tapi kali ini dia sudah mula minta peluk. Selalunya kalau dia minta peluk, itu tandanya dia nak berdamai bila aku atau Hadi sudah mula marah. Masa ini memang perasaan marah kami akan susut balik.

“Mama, nak peluk…..”teresak-esak dia merayu. Aku peluk dan pujuk dia. Kemudian dia minta dukung. Fuh, sudahlah puasa…berdukunglah dia turun ke bawah dan keadaan esakan dia semakin perlahan. Dia kemudiannya aku mandikan di tandas yang berhampiran, berikan air teh bunga, roti dan kemudiaaaaan…..terus berlayar! Ezzudin memang steady. Dia asal dapat apa dia nak, dia akan diam.

Aku pandang Hadi, Hadi pandang aku. Puas hati kami….So ke mana kita lepas ini? Jujurnya aku memang penat melayan anak-anak mandi tadi. Hadi tak mandi pun tadi tapi aku tahu dia letih menunggu. Kami memutuskan untuk terus balik rumah sahaja. Memang babai agenda shopping raya. Kita pakai sahaja apa yang ada. Sampai rumah, aku biarkan Hadi berehat dan aku menguruskan anak-anak walaupun aku sendiri rasa nak rebah sebenarnya.

Sesungguhnya, masa yang mencabar ialah masa menunggu anak untuk membesar. Sekian dulu…Akan datang aku cuba cerita pasal pengalaman aku dan hutan. Seram juga nak ingat balik, tapi ok kot sebab sudah lama sangat peristiwa itu berlaku.

p/s: sebelum balik, aku minta Hadi berhenti tepi jalan sebab aku nak ambil gambar rumah ini. Giler besar dan bertingkat-tingkat. Sampai sekarang aku tak tahu ini rumah apa dan rumah siapa…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...