Happy Birthday February Babies!

Semalam Bahagian Pemasaran dan Promosi telah mengadakan satu majlis ringkas bagi meraikan warganya yang lahir pada bulan Februari. Majlis ini istimewa sikit sebab bos kami juga lahir pada bulan Februari sekaligus membawa lambang Aquarius – sama jugalah dengan aku.

Ada 4 orang yang diraikan, selain Kak Wan Wizana. Kami turut meraikan Hafiz, Kak Wan Zuroh dan Adam dari Unit Promo. Sangat comey Adam hari ini. Kami semua terhibur. Aku memang mudah terhibur…

Kami semua menjamu selera beramai-ramai dengan menu nasi arab. Punyalah sedap…sampai aku mengabaikan perkara-perkara yang lain seperti bergambar, bergambar dan bergambar. Lapar tak dapat dibendung 🙂

Itu sebab masa Kak Wan post gambar jamuan ini dalam Facebook, ramai yang tanya gambar aku mana? Aku tukang ambil gambar ke?

Oh…aku makan.

Aku makan dengan penuh tenang.

Dalam bilik mesyuarat tu, penuh dengan warga-warga lelaki Unit Promo dan unit-unit lain yang sama-sama lapar berjemaah seperti aku juga. Ketika aku sudah kenyang, sesi bergambar sudahpun berakhir. Sebagai bukti, aku ada sebenarnya dalam majlis ini…

One thing about February born people is that they are focused, pioneers of good cause and great leaders, I see all these qualities and more in you.

Selamat Hari Lahir buat kak Wan Wizana 🙂

Date Night :)

Semalam memang terkejar-kejar. Habis kerja terus ambil anak di tadika dan sibuk menguruskan makan malam mereka. Hari ini tadika tutup dan kami terpaksa minta bantuan mama untuk jaga anak-anak sementara kami berdua berkerja.

Tapi biasalah anak-anak…bukannya mereka faham mama dan abahnya nak cepat sebab nak pergi dating dan makan malam berdua. Budak-budak tu sangatlah santai pergerakannya.

Aku sahaja yang macam ekspress rakyat. Siapkan makanan – basuh baju, bersihkan dapur – bersihkan ruang tamu – siapkan beg pakaian anak dan baju kerja untuk esok – bancuh air bekalan anak-anak dan segala mak nenek tugasan lain yang sempat aku buat sementara Hadi melayan anak-anak makan.

Rancangan asalnya ialah untuk hantar anak-anak ke rumah mama dan terus keluar untuk menyambut ulang tahun perkenalan kami ke-18 tahun. Sungguh tinggi harapan aku hari ini untuk makan malam berdua bersama Hadi. Misi itu sedikit gagal…

Satu gagal sebab kami sendiri lambat keluar rumah disebabkan pernyataan masalah dalam perenggan dua tadi. Kedua – trafik memang jahanam! Sesak segala-mala lebuh raya yang ada kerana orang ramai mula berpusu-pusu balik ke kampung masing-masing. Kami sampai Taman Permata sahaja sudah pukul 9.00 malam. Aku sudahlah lapar teruk dan disebabkan sudah pukul 9.00 malam, cadangan untuk makan di TGIF terpaksa dibatalkan – apatah lagi untuk clubbing selepas itu. Memang musnahlah harapan.

Makan sekitar kawasan Taman Melawati atau Wangsa Maju aje. Jenuh pusing dan memikir di mana kami nak melepak. Masa makin suntuk. Akhirnya kami berhenti di Taman Melawati dan makan malam di Sixty9 Islamic Steakhouse. Kami berkira-kira juga mahu makan di sini sebab wang tunai tak berapa nak ada, tapi lepaslah setakat makan malam berdua. Sempat kami berseloroh, kami boleh survived makan di Hooters Osaka setakat Taman Melawati takkan gentar kot….

Fuuuuuh…menggigil tengok menu. Tertelan air liur juga dengan harganya. Tidaklah murah sangat, tidaklah mahal melampau juga. Tapi tengah-tengah bulan ni, agak berhati-hati juga nak berbelanja.

Tapi aku dengan Hadi memang nekad. Kita duduk, makan dan spend time berdua waima berapa juga harga makanan di sini. Servis cepat, makanan sedap dan kami berjaya menghabiskan 1 jam masa bersama di sini. Sembang pun ringan-ringan aje sebab tengah lapar teruk.

Takdelah mengimbas kenangan silam pun…Aku tak salahkan dia. Aku sendiri letih rasa nak barai, Hadi apatah lagi. Dapat masa sekejap itupun jadilah!

Balik sahaja rumah mama, anak-anak sudah lena. Kami juga sudah mengantuk. Walaupun malam ini ringkas dan tidak seperti yang aku imajin, tapi aku tetap rasa gembira. Masa betul-betul merubah segala-galanya. Semoga tuhan kuatkan hati kami untuk melalui kehidupan ini teguh bersama.

18 tahun ini, tidaklah seteruk mana. Mungkin tahun depan lebih indah sambutannya. Ha, punyalah tak siap muka aku semalam sampai malu nak ambil gambar berdua. Tudung herot ditarik budak, dahi berkerut kerunsingan dan gejala lain yang tak sesuai untuk pembacaan khalayak.

Nasiblah memang sudah jadi bini dia hahahaha….

18 Years!

i’ll never forget the first time i saw you

i was crazy about you then, and still am

 

I remember the first time i saw you….

The first time i saw you, my heart whispered ‘that’s the one’.

The first time i saw you, i know you’d be mine.

The first time i saw you, i knew it was true.

The moment that we met, i knew an adventure was going to happen.

I choose you.

And i’ll choose you over and over and over without a pause, without a doubt, in a heartbeat. I’ll keep choosing you. Because no matter what, I’d still choose you.

I choose you to always be by my side.

In a hundred lifetimes, in a hundred worlds, in any version of reality.

Together we are the perfect combination of beauty and pain-just enough to help each other evolve.

Happy 18th Anniversary my love 🙂

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...