20 Januari Itu..

Akhirnya umur aku mencecah 31 tahun pada 20 Januari itu. Setelah setahun menempuh 3 series, dengan tambahan 1 aku menjadi agak takut. Sebab 9 tahun dari sekarang aku akan 40. Anjakan umur rasanya tak selari dengan perangai aku yang masih keremajaan dan kadang-kadang kurang matang 🙂 Tapi selagi ada hayat dikandung badan, aku akan cuba melaluinya dengan seberani mungkin. Terus terang aku katakan, aku sebenarnya takut dengan masa depan yang sukar untuk ditebak..

Rakan-rakan yang mengutus ucapan, terima kasih aku ucapkan. Ingatan anda semua menjadikan hari itu indah. Tak sangka penuh kotak mesej FB dengan ucapan rakan-rakan. Aku sengaja disable wall…sebab kalau wall itu berfungsi, rakan-rakan yang terkena virus akan menampal video tak semenggah. Jadi itulah alasannya…Bukan kerana aku enggan menerima ucapan secara massa.

Terima kasih kepada adik, Adeq yang sudi menyanyikan lagu hari jadi. Mohon maaf Zafrina aku langsung tak perasan Twitter kirimanmu itu. Juga dari ucapan menerusi BBM. Semuanya membuatkan aku rasa diingati dan dihargai. Juga buat Abang Zamri yang tidak pernah lupa hari lahir aku. Ketika itu juga dikhabarkan dia baru keluar hospital kerana kemalangan jalanraya. Aku sudah mula panik, sedih dan susah hati.. Mujur dia sudah dibenarkan keluar dan berehat di rumah.

Sepanjang 20 Janauari, masa siangnya dihabiskan dengan menyiapkan assignment terakhir untuk semester ini. Bukannya tak siap langsung. Aku sibuk memastikan assignment ini selesai dengan jayanya kerana aku berhajat untuk menjerit di center selepas ianya dihantar. Malam itu juga sepatutnya kami semua makan ikan bakar di Pelabuhan Kelang. Sayangnya, ramai yang sibuk…rancangan itu dibatalkan. Aku jatuh malas ke center dan hanya pesan pada Hadi untuk hantar assignment terakhir itu. Petang itu aku lelap…Sangat kepenatan dan sangat lesu. Sepanjang 2 minggu musim peperiksaan, hampir saban malam aku tak cukup tidur dengan menelaah nota-nota yang ada.

Menjelang senja, aku dikejutkan dengan panggilan telefon Ameera. Dia bertanya kesahihan berita benarkah Izwan Pilus telah meninggal. Pantas aku buka FB dan Twitter. Penuh di newsfeed update rakan-rakan tentang kepergian dia ke rahmatullah. Sepanjang malam aku sedih,hiba, menangis dan macam-macam perasaan lain…Itu sudah aku catatkan di post terdahulu  🙁

Hadi pula balik kerja agak lewat. Aku sebenarnya nak makan kek di Secret Recipe. Tapi kerana kepala aku sangat kusut, aku kemudiannya meminta Hadi membawa aku makan di Oiso, restoran Korea yang kerap aku kunjungi setiap kali dapat gaji. Kami sambut secara ringkas dengan makan bersama. Tak banyak sembang pun..sebab aku sebenarnya kosong.

Malamnya aku tak bole tidur..aku masih bersedih dan menangis sendiri di ruang tamu.

Hari lahir ke 31 ini penuh cerita duka sebenarnya. Tapi sebentar lagi aku dan Hadi akan ke Cambodia untuk meraikan hari lahir aku di sana. Kami akan ke Siam Reap, Phnom Pehn, Tasik Tonle Sap, Angkor Watt dan macam-macam tempat lain yang telah disusun oleh Hadi. Aku harap percutian itu, merangkap bulan madu kami akan membawa kisah indah dan mengikis sedikit kesedihan yang ada.

Maafkan aku kerana belum sempat membalas ucapan kalian…Aku sedih sebenarnya setiap kali aku baca semua ucapan itu, berita Izwan mendominasi perasaan yang ada..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *