2 Jalan : Yang Mana Aku Pilih?

Bila kita ada pilihan,kita akan memilih satu keputusan yang kita rasakan yang terbaik. Jarang yang sanggup bermain dengan risiko kecuali ahli perniagaan. Apatah lagi dalam satu perhubungan..seboleh-bolehnya jalan yang kita pilih itu tidak mendatangkan kecederaan jiwa.

Zaman muda dulu,aku selalu berjudi dengan ‘what if’..Aku tahu jalan itu tak indah tapi aku memilih untuk merasa pengalaman itu. Ya,aku gagal teruk tapi aku rasa bangga sebab aku cuba.

Makin berusia nie makin takut pula mengambil risiko.Aku jadi semulajadi takut..takut tempat tinggi..takut bawa kereta dan takut hati cedera. Hati cedera sangat aku risaukan sebab hati aku susah nak sembuh. Maksud cedera hati ini luas..skop cinta hanya peratus yg kecil. Skop kegagalan dalam hidup pokok utama.

Aku selalu tulis dlm blog terdahulu,zaman-zaman jahiliah dahulu yang mana hati aku ini sudah tercalar di mana-mana dan diperah limau nipis. Begitu sakit dan tragis. Tapi macam askar aku bangkit balik.

Aku tak ingat siapa,dia cakap aku banyak menyimpan dendam.Dendam ini tak bagus..Aku kena lupakan dan merasa indahnya dunia tanpa rasa hati kecewa. Memang tahi kerbau! Dendam itu membuat jiwa raga aku berdegup kencang. Dendam itu satu drive untuk aku kembali dan buktikan sesuatu. 90% pengalaman aku dendam itu sangat indah bila diterjemahkan dalam kejayaan..

Of course perjalanan itu bukannya sehari dua..ada yang berbulan-bulan dan makan tahun juga ada.. Iya,hati aku selalu cedera sementara menanti silver lining itu sampai. Tapi percayalah…perasaan itu sangat indah! Indahnya bila ia dikongsi dengan ahli keluarga dan rakan-rakan ataupun rakan sekerja.

Selalu aku rasa suratan hidup ini seperti aku tahu jalan ceritanya..Tapi hari ini aku bertafakur sebentar sebab memikirkan – adakah aku akan buka balik pintu hati yang kemas aku kunci? Wallahualam..Yup,aku manusia yang keras hati,kepala batu dan lain-lain yang sama konotasi. Biarlah kali ini rukun tuhan yang menentukan..

Bila terlalu serabut..aku patah balik pada Hadi..Dia hampir memahami aku dalam jutaan manusia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *