2 Hari Mencari Makna..

Aku betul-betul maksudkan bila aku kata,aku akan pergi dan akan kembali untuk mendapatkan hak dan memperjuang kebajikan aku dan rakyat sejagat. Lagak Abdul Wahub dengan sut putih kembali mendapat harta Ismet Ulam Raja yang dikapur oleh abang-abangnya yang bahalul. Kebahalulan yang bersarang itulah motivasi perjalanan aku ini.

Yang bahalulnya,aku turut tersangkut dalam misi pencarian itu. Jalan itu aku tahu bersimpang,tapi persoalan masih celah mana aku nak lalu? Cukupkah bekalan yang ada dan apa yang aku perlu buat dalam pengembaraan ke selatan.

Mungkin sebab itulah dikumpulkan kafilah dan musafir yang ada. Tujuannya supaya panduan yang diberi akan memudahkan perjalanan mencari eterniti. Dibawakan juga manusia pasca musafir yang sudah punya lampu suluh sebagai contoh. Beza umur yang ketara membuktikan bukan itu penentu akhiran destinasi. Bukan kewangan,bukan sut hitam dan bukan hirarki dalam komuniti. Komited dan kentalkah melawan ular singa naga beruk dan kulapok sepanjang jalan kenangan?

Dua tiga kali aku tersentak. Sepanjang masa aku insaf dan aku lebih mikro dan parasit dari hama. Aku sedut apa yang termampu tapi masih aku rasa saiz masih sama. Pacat tak buncit-buncit lepas berjam-jam melepek dibetis bunting padi malinja.

Yup..aku hanya picisan di situ. Tapi aku berbunga-bunga kerana bilamana aku tersepuk batu,semua kafilah menghulur tangan membuatkan aku jalan semula. Sebenarnya aku dan mereka sama..semuanya sesat dalam warp masa. Kali ini aku bukan saja jumpa definisi baru keluarga,aku jumpa pengertian dan harapannya sekali. Inilah yang akan aku pegang bila aku kembali sebagai Ahli Parlimen Angkasapuri..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *