2-0!

pink-and-green-scene

Kisah van ni memang langka. Untuk satu taklimat di Putrajaya, kami dipisahkan dengan dua buah van ke sana. Satu van dipenuhi warga berbaju merah jambu dan satu lagi warga berbaju hijau. Berbaju hijau itu, akulah antara insan terpilih warna alami.

Kakitangan terlibat diminta menunggu di ruang sepatutnya jam 7.00 pagi. Disebabkan trafik yang tidak membantu, tidak ramai yang sampai tepat pada waktunya. Untung bagi warga berbaju pink kerana semua ahli mereka cukup justeru mereka bertolak lebih awal dari kenderaan warga berbaju hijau. Dalam hati aku sudah berbisik ‘takpe, geraklah dulu. Silap-silap kami sampai dulu…’

Tidak lama selepas itu setelah semua warga berbaju hijau cukup, kami pun bertolak dengan tenang. Aku lena-lena ayam kerana tidak cukup tidur. Sesampai di lokasi, kami terus ke dewan perjumpaan berlangsung untuk menyiapkan perkara-perkara pra-pendaftaran.

Memang tepat jangkaan aku tadi. Van warga merah jambu belum sampai lagi! Sesat di Putrajaya katanya..Memanglah mereka semua dibahan oleh kami-kami yang berwarna hijau ini dengan riangnya.

****

Acara selesai sekitar 1.30 petang. Van yang mengambil warga merah jambu sudah ada di tempat loading. Van warga hijau belum nampak-nampak lagi. Semua barang-barang dan makanan yang mahu di bawa balik ke pejabat disimpan di van warga merah jambu. Dan sekali-lagi mereka bertolak dahulu. Penuh sedu-sedan aku membabai mereka sambil mengharapkan van kami pula tiba. Maklum sahaja. Badan sudah mulai sakit-sakit. Hari ini sedikit lewat melakukan rutin diwaktu rehat.

Van tiba dan kami semua balik dengan riang. Ingatkan bolehlah terus balik ke pejabat dengan tenang. Rupanya boss terlupa menukar pas yang diambil. Terpaksalah van berpatah balik. Mujur tak jauh mana dan proses penukaran juga tidak lama. Kami balik ke pejabat dengan suka-suki bertukar-tukar cerita apa yang terjadi masa taklimat tadi.

Di tengah jalan, kami dikhabarkan van yang membawa warga berbaju pink sesat 30 minit. Lebih kelakar, sesat dalam kawasan parking. Memang jadi bahan ceritalah kisah kesesatan mereka mencari jalan pulang ke pejabat.

‘Takpe, diorang bawak makanan cukup stok seminggu tu’ satu suara membahan. Pendek kata perjalanan kami penuh gurau senda dan andaian-andaian lucu, cukup untuk menghilangkan keletihan dan rasa kantuk yang ada.

Terima kasih warga baju hijau dan warga baju merah jambu. Seronok berkerja dan bersahabat dengan kalian semua. 🙂

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *