18 Years of Yes, I Do…

And even though we ain’t got money
I’m so in love with ya honey
Everything will bring a chain of love
And in the morning when I rise
Bring a tear of joy to my eyes
And tell me every thing’s gonna be all right

Semalam banyak sangat benda kena handle – dari berita kematian, mendukung biawak dan nunek-nunek lain. Sepatutnya tarikh semalam kita raikan dengan makan malam di restoran yang hebat, dihidang makanan nan lazat dan penuh kata-kata cinta.

Tapi semalam serabutnya lain macam, seolah hari itu akan berlalu macam itu saja. Aku tak mahu macam itu. Hari itu harus kita kenang dan raikan.

Dia faham apa yang aku rasa semalam. Sedih, marah, hiba aku dia boleh hadap dan kata-kata dia boleh buat aku lalu semua serabut ini dengan aman. Antara indahnya dia yang aku tak mampu nafikan.

Jadi petang itu kami makan di Pizza Hut BSP dengan anak-anak. Bukan mudah mengurus mereka di sini. Mujur restoran ini ramai yang cenderung beli dan bawa balik. Jadi ruang itu hanya untuk kami sekeluarga. Dia biarkan aku makan dengan tenang sementara dia uruskan anak-anak. Aku suapkan dia pizza sambil dia melayan anak-anak. Semuanya serba ekspress. Sebelum balik, aku bersihkan remah-remah makanan yang anak-anak buat. Biasalah budak, makan memang bersepah. Tapi aku biarkan sahaja sebab memang kena latih budak-budak ini untuk makan sendiri walaupun jenuh kita kena kemas balik lepas itu.

18 tahun ini sangat mencabar…

Sebenarnya tahun ini sangat mencabar. Satu-satu masalah kami hadap dan selesaikan mana yang terdaya. Baru bulan 3 ni. Tak apa, biarlah bergolok bergadai sekarang asalkan kami kurang menyusahkan orang lain. Sedaya upaya aku tak mahu menyerabutkan orang lain pula, khususnya mama dan adik-adik yang lain.

Jujur aku tak tahu berapa lama kami boleh bertahan. Semuanya sudah berubah. Semoga tuhan kurniakan kekuatan dan kesabaran untuk kami berdua. Kami lalui rutin yang sama hari-hari. Sabarlah, sementara anak-anak membesar.

So, Alhadihamzah…

Thank you for last night. Happy Anniversary to us. 18 tahun dulu saya sanggup, 18 tahun lagi saya tetap sanggup lalu semua ini berdua. Mungkin turun naik ini akan membuat kita makin kuat.

Every thing’s gonna be all right.

Me love you long time 🙂

#18years #ofcourseiremember

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *