14 Januari…

Hari ini hari lahir mama yang ke ?? Alamak….tang nie memang aku fail!! Apapun, Selamat Hari Jadi Mama..and I love you forever. Aku tanya mama,

‘Mama nak apa tahun nie’
Tak payah lah….dah banyak yang Beni kasi..
‘Peti Ais?’
Tak payah la…
‘Rice Cooker?’
Kan dah bagi hari tu….

Aku mati akal…Minggu lepas aku bagi rice cooker sebab Ameera kata rice cooker mama dah rosak. Minggu lepas juga aku beli kek dan sate untuk celebrate awal birthday mama sebab aku tahu akan sibuk hari ini…

Memang betul aku sibuk…Sahabat baik aku masuk hospital dan aku bermalam di Hospital Universiti menemani beliau. Betul juga kata orang, menemani orang sakit itu sama sakitnya dengan orang yang sakit he..he..he..

Sempat aku melayari internet mencari lokasi percutian minggu hadapan. Hmmm…ada tawaran yang best dari Hotel Langkasuka dan aku rasa hampir pasti, bukan ke Gua Kelam tetapi ke Pulau Lagenda, Pulau Langkawi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *