14 Februari Telah Berlalu…

14 Februari…
tahun bersilih ganti dan aku masih tersenyum mengingat kenangan 14 Februari…

14 Februari….
abaikan hari memperingati kasih sayang dan sejarahnya sebab aku tak peduli pun apa juga takrifannya…

14 Februari…
kau beri aku seribu satu sebab untuk menanti kehadirannya..

14 Februari…
kau juga beri aku sebab-musabab yang sembilu untuk aku menyambutnya…

14 Februari 2000 yang lalu…
Kita ingat tarikh itu…Kita nantikan malam jam 9 di Seksyen 2, Shah Alam. Ingat tak kedai makan tu? Kedai yang diroboh MBSA dan kini dimajukan semula menjadi tapak gerai makan yang kini cantik dan senonoh.

Tentu kau ingat…aku juga begitu. Aku rasa hampir semua roomate dan rakan-rakan sebaya yang melihat kita di malam itu terkejut melihat kita berdua.

Biar betul! Sejak bila? Apakah…?Bukan saja mereka…Kita pun terkejut sebab itu kali pertama kita berjumpa secara live-telecast!

24 pucuk surat semuanya… Terima kasih posmen tanpa bayaran dan slip gaji – Sakinah dan Fadzil. Oh, terima kasih juga padamu yang mengisi hari-hari matrikulasi yang serba tak kena dan kemarau kasih PTPTN yang tidak berhati perut tidak memberi pinjaman pada kita..

Aku ingat malam itu…..2 pinggan mee goreng yang kau baham tanpa segan silu. Aku memandang dengan kening sedikit naik dan hairan, apa ke buruk lantak ini mamat? Tapi aku suka sebab tiada unsur-unsur control macho yang dipamerkan. Baju yang kau pakai? T-Shirt MHS putih separa kusam dan aku berani cakap, kau tak ingat pun baju apa yang aku pakai melainkan cermin mata tebal yang menampakkan skema gaban seorang student UiTM..

14 Februari…..
Yup..it’s a beginning of a beautiful relationship 🙂

Kerana itu aku ingat 14 Februari…Walau apapun yang terjadi antara kita, aku tetap ingat 14 Februari…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *