12 November Juga Indah..

Akhirnya tiada lagi 111111 atau 11.11.11 atau 11.11 pagi/malam pada 11.11.11 yang memenuhi newsfeed Facebook dan timeline Twitter aku. Serius, semak gile…Tapi untuk yang menyambut ulangtahun hari lahir, perkahwinan, dan mengikat janji di tarikh itu, tahniah, badak aku ucapkan. Tahun lepas, 10.10.10 tidaklah sejengkel peristiwa semalam. Jadi, apa hebatnya tarikh itu?

Tidakkah nombor 20.11.2011 lebih cantik dan indah? Nombor berulang memang nampak cantik…tapi tidak menjamin kebahagiaan ikatan pun kalau pilih berdasarkan hasrat mahu mencipta keindahan dunia..Menambah perasaan kasihan insani adalah bila diluahkan pada khalayak berkali-kali, kononnya cantik sangatlah nombor tu..Puuuui!

Apa yang menarik dalam hidup aku semalam? Mama dan keluarga kakak datang membawa rendang daging. Anak-anak saudara, menonton Magika, abang Jas melayan cendol yang super sedap dan hidup aku masih fying solo dengan jayanya. Tidaklah mega sangat 11.11.11 sebab gaji aku masih surut dan sabar menanti gaji dan bonus mendatang. Berak kencing seperti biasa dan mamak Khalifah tetap senyum menerima pelanggan.

12 November juga indah….seperti tarikh lain. Serius, fikirkan kembali….Hari lahir siapa? Anniversary siapa? Siapa tunang-kawen-cerai-bermadu-menjanda-menduda…Kalau tiada, lukislah hari ini dengan warna paling terang dan percayalah…Hari yang indah tidak memerlukan nombor yang menarik. Hanya persekitaran dan pelakon yang melatari kehidupan kita sehari-hari sama ada sedar atau tidak.

Untuk itu, 12 November juga indah. Aku tidak kisah tentang 11.11.11 tapi 12.11 atau 12 November untuk tahun ini dan tahun-tahun mendatang. Aku ditanya – kenapa dengan 12 November? Kerana itu adalah tarikh permulaan untuk membina kerjaya..membina kehidupan sejahtera dan melafaz taat setia. Dan aku ditanya sekali lagi – Mana aku tahu?

Hmmm…sebab aku tahu…Jawapan itu cukup menghasilkan senyum.

Tak perlu tunggu tahun baru untuk berazam. Sepanjang masa, azam melangkah ke arah kehidupan yang lebih indah itu relevan. Senyum indah dipasang sehari-hari. Aku percaya kehidupan lebih bermakna membahagiakan orang lain.

Ya, 12 November juga indah…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *